Terkini

Ahad, 28 Februari 2010

Takdir merupakan sesuatu telah ditetapkan oleh Ilahi semenjak azali lagi. Kita hanya sebagai manusia hanya mampu merancang,namun hanya Allah yang menentukannya.Ucakapan sebegini sering didengari dan diucapkan hampir keseluruhan daripada kita semua. Pada hakikatnya,adakah kita benar-benar yakin dengan sungguh-sungguh terhadap semua kenyataan ini. Kita tidak perlulah melontarkan jawapan kepada persoalan ini untuk membuktikannya, akan tetapi cukuplah sekadar dengan tingkahlaku yang menjadi penjawab untuk diri kita.

Allah menciptakan kita dengan kelengkapan akal fikiran dan hati nurani yang sangat bermanfaat kepada diri mereka.Cuba rasainya dengan persoalan ini.Kenapakah Allah menciptakan takdir untuk kita semua? Adakah semua ini dicipta dengan sia-sia dan suka-suka hati?Buat apa aku berusaha sedangkan nasibku telah ditetapkan!!Buat apa aku belajar sedangkan aku ditakdirkan untuk menjadi bodoh!!Adakah kita benar-benar termasuk dalam gelongan yang beriman kepada agama suci islam ini sekiranya beranggapan sedemikian serupa.Tepuk akal tanyalah hati kamu itu di pihak manakah kamu itu.Ketidakjelasan tentang sesuatu perkara hendaklah dielakkan untuk mengelak ketidakfahaman yang tidak berkesudahan.Salah satu cara untuk menghapuskannya adalah dengan menceduk ilmu untuk dijadikan sebagai pegangan ataupun prinsip dalam hidup yang kini penuh dengan pelbagai ujian dan perangkap yang mesti ditempuhi makhluk yang bernama manusia.

Mahu atau tidak mahu ataupun setuju atau tidak setuju, semua ini telah ditetapkan dan ditakdirkan Allah Yang Maha Mengetahui. Cumanya, jalan yang ditempuhi seorang manusia adalah berbeza dengan seorang manusia lain kerana Allah menguji sesuai dengan kemampuan makhlukNya masing-masing. Allah itu tidak berbuat zalim terhadap makhluknya akan tetapi makhlukNya itu lah yang membuat zalim terhadap diri mereka sendiri…

kesihatan

Mengapa Buah Pisang Patut Digemari Oleh Wanita Dan Lelaki?

 Pisang merupakan pokok yang tumbuh dengan banyaknya di Nusantara, walaupun tanpa ditanam oleh tangan manusia. Punca utamanya kerana buah pisang juga dimakan oleh haiwan-haiwan dan unggas, dan mereka membantu menyebarkan benih-benih ini. Pisang mempunyai khasiat yang banyak dan kewujudan pisang di Nusantara telahpun direkodkan dalam lagenda masyarakat Melayu seperti kisah Pak Pandir dan Hang Nadim. Apakah khasiat buah pisang? Selamat membaca:

Khasiat Buah Pisang
Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:


Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:

Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita..

Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:

Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Lagi Khasiat Kurma, Kismis dan Madu
 

Hadis Ke 21: Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a., katanya : "Saya pernah bertanya Rasulullah s.a.w. : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah s.a.w.: Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah."

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."


Mengamalkan makan kurma ketika mengandung adalah amat baik sekali kerana ini akan memudahkan ketika melahirkan nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa a.s.?

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan manis-manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat mempraktikkan nasihat Al-Qur'an, maka Allah s.w.t. akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat konsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Allah s.w.t. telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa sakit, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul s.a.w. sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Khamis, 25 Februari 2010

mUka bAru

Siapa lah kalam ini,
Di tengah ufuk kehidupan ,
Lebih indah jika sulami bersama warna-warni nur keimananan,
Takala kesunyian melanda sanubari ini ,
Islam lah menjadi penyerinya.

Ketenangan.........


daun yang jinak dibelai angin sopan,
takkan meraung sekirannya berguguran ke bumi.

suasana sentosa ditabir dgn kicauan merdu burung,
menyerlahkan lagi kedamaian sejagat yang fana.

serenjis bahana kegelapan yang kelam,
melumpuhkan sinaran yang gah dipuncak alam.

namun guruh berdentung takkan selama-lamanya,
dek pahlawan mentari yang kentar.

Petunjuk


Lewat senja ini,
Akal dan nafsu berperang tanpa noktah,
Belukar dosa terus menjalar subur dalam diri ini.

Janji tinggal harapan,
Bulatan kehidupan terus ligat berputar,
Kerakusan dosa memberatkan lagi neraca amal.

Racun dosa menyakitkan lagi roh,
Herba Al-Quran menjadi penawarnya,
Sebagai langkah ke arah kiblat syurga.

AIZAT


Allah,

Izinkan lah ku bertapa disisiMu,

Zat Yang Maha Agung,

Adakah aku layak digelar Abdullah,

Tanpa setitis darah keimanan dikalbu ini.