Terkini

Ahad, 28 Februari 2010

Takdir merupakan sesuatu telah ditetapkan oleh Ilahi semenjak azali lagi. Kita hanya sebagai manusia hanya mampu merancang,namun hanya Allah yang menentukannya.Ucakapan sebegini sering didengari dan diucapkan hampir keseluruhan daripada kita semua. Pada hakikatnya,adakah kita benar-benar yakin dengan sungguh-sungguh terhadap semua kenyataan ini. Kita tidak perlulah melontarkan jawapan kepada persoalan ini untuk membuktikannya, akan tetapi cukuplah sekadar dengan tingkahlaku yang menjadi penjawab untuk diri kita.

Allah menciptakan kita dengan kelengkapan akal fikiran dan hati nurani yang sangat bermanfaat kepada diri mereka.Cuba rasainya dengan persoalan ini.Kenapakah Allah menciptakan takdir untuk kita semua? Adakah semua ini dicipta dengan sia-sia dan suka-suka hati?Buat apa aku berusaha sedangkan nasibku telah ditetapkan!!Buat apa aku belajar sedangkan aku ditakdirkan untuk menjadi bodoh!!Adakah kita benar-benar termasuk dalam gelongan yang beriman kepada agama suci islam ini sekiranya beranggapan sedemikian serupa.Tepuk akal tanyalah hati kamu itu di pihak manakah kamu itu.Ketidakjelasan tentang sesuatu perkara hendaklah dielakkan untuk mengelak ketidakfahaman yang tidak berkesudahan.Salah satu cara untuk menghapuskannya adalah dengan menceduk ilmu untuk dijadikan sebagai pegangan ataupun prinsip dalam hidup yang kini penuh dengan pelbagai ujian dan perangkap yang mesti ditempuhi makhluk yang bernama manusia.

Mahu atau tidak mahu ataupun setuju atau tidak setuju, semua ini telah ditetapkan dan ditakdirkan Allah Yang Maha Mengetahui. Cumanya, jalan yang ditempuhi seorang manusia adalah berbeza dengan seorang manusia lain kerana Allah menguji sesuai dengan kemampuan makhlukNya masing-masing. Allah itu tidak berbuat zalim terhadap makhluknya akan tetapi makhlukNya itu lah yang membuat zalim terhadap diri mereka sendiri…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan